TMC Fertility Awards 2020

Jurnal Perjalanan Perubatan Antarabangsa (IMTJ)

Anugerah Klinik Kesuburan Antarabangsa Tahun 2016, 2017, 2018, 2019
Anugerah Inisiatif Kualiti Terbaik 2018

Jurnal Perjalanan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) meraikan pencapaian luar biasa di dalam industri pelancongan kesihatan di seluruh pelosok dunia. Dedikasi kami untuk memberi harapan untuk pasangan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi ibu bapa dari serata dunia telah diiktiraf sewajarnya oleh IMTJ.

Anugerah Global Health & Travel

Penyedia Perkhidmatan Kesuburan Terbaik Tahun 2016, 2017, 2018, 2019
Penyedia Perkhidmatan Kesihatan dan Kesihatan Wanita Tahun 2018 & 2019

Majalah Global Health & Travel mempamerkan sumber terbaik dan komprehensif untuk para pesakit, pengamal perubatan serta institusi perubatan. Penerbitan ini mengiktiraf pemain di seluruh industri kesihatan yang telah berusaha untuk cemerlang dalam perkhidmatan pelanggan di semua peringkat dan kami sangat berbangga kerana telah menerima pelbagai anugerah bagi kategori kami.

Frost & Sullivan
Pusat Kesuburan Terbaik Malaysia untuk Tahun 2016, 2017, 2019

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan diberikan kepada syarikat yang mempamerkan kepemimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pengembangan produk strategik mereka. Anugerah Pusat Kesuburan Terbaik Malaysia menjadikan kami sebagai peneraju pasaran, menjadikan pusat ini ke tahap baru sebagai pusat pilihan untuk pesakit tempatan dan antarabangsa.

Anugerah “Malaysia Health & Wellness Brand” (Institusi Kesihatan)
Anugerah “Malaysia Health & Wellness Brand” 2017

Anugerah “Malaysia Health & Wellness Brand” adalah anugerah yang diberikan oleh “Sin Chew Daily” dan “Life Magazine” kepada jenama kesihatan yang telah banyak menyumbang kepada industri kesihatan & kesihatan Malaysia. Calon-calon dinilai berdasarkan kekuatan penjenamaan, keberkesanan, keselamatan produk, inovasi serta sumbangan terhadap masyarakat dan industri.

Anugerah “Urban Health Top Choice Award”, Malaysia
Anugerah “Top Choice 2017”

Anugerah “Top Choice” dianugerahkan kepada jenama produk dan perkhidmatan kesihatan yang dipercayai serta yang diundi oleh pembaca maajalah ‘’Urban Health’’. Penghargaan ini mengukuhkan pengiktirafan, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pesakit dalam memberikan yang terbaik kepada mereka.

WhatsApp chat