Rawatan Kesuburan Melalui Skim Kesihatan EPF

Ini yang anda perlu tahu.

 

 

Sila klik bit.ly/2XyQTf3 untuk membuat janji temu atau untuk pertanyaan lanjut.

Pautan berguna:
Untuk muat turun borang LPP-2 https://rb.gy/fktgts
Untuk muat turun borang KWSP 9D (AHL) https://rb.gy/bbrr1d
Untuk maklumat lanjut daripada pihak KWSP https://bit.ly/3hBbru1

 

Soalan Lazim
 

Apakah Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP. Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.

 

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Syarat kelayakan semasa di bawah Pengeluaran Kesihatan adalah terpakai dengan tambahan seperti berikut:

i. Jenis rawatan kesuburan yang dibenarkan adalah IUI,IVF & ICSI;
ii. Hanya dibenarkan kepada pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang.
iii. Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja.

 

Adakah permohonan pengeluaran bagi rawatan penyakit lain seperti penyakit ‘Endometriosis’ sebelum rawatan kesuburan dibenarkan?

Tidak. Ahli layak membuat pengeluaran bagi penyakit kritikal yang dibenarkan oleh KWSP dan bagi rawatan kesuburan sahaja.

 

Adakah ahli layak membuat pengeluaran bagi Rawatan Kesuburan di Institusi Perubatan luar negara?

Ahli tidak layak membuat membuat pengeluaran bagi Rawatan Kesuburan sekiranya menerima rawatan di Institusi Perubatan luar negara.

 

Adakah ahli boleh membuat Pengeluaran Rawatan Kesuburan bagi ahli keluarga yang lain?

Tidak boleh. Buat masa ini, pengeluaran adalah terhad untuk diri sendiri atau pasangan sahaja.

 

Adakah ahli/pasangan yang memohon Pengeluaran ini dibenarkan membuat tuntutan semula (reimbursement) kos rawatan yang dijalankan?

Tuntutan semula kos rawatan adalah dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat semasa.

 

Bagaimanakah pengendalian permohonan rawatan kesuburan yang mendapat tajaan majikan ahli/pasangan?

  1. i) Tajaan sepenuhnya
    – Bagi ahli yang mendapat tajaan penuh dari majikan atau mana-mana badan/agensi, adalah tidak layak bagi pengeluaran ini;ii) Tajaan separa
    – Sekiranya ahli/pasangan mendapat tajaan separa, ahli/pasangan hanya layak memohon jumlah perbezaan di antara kos rawatan dan amaun tajaan atau baki simpanan Akaun 2 (mana terendah)

Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Institusi Perubatan sekiranya terdapat kelebihan bayaran amaun pengeluaran yang dipohon?

Institusi Perubatan berkenaan perlu mengembalikan amaun bayaran yang berlebihan kepada KWSP dengan segera.

 

 

Adakah terdapat tempoh kekerapan bagi ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Tiada tempoh kekerapan bagi ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 seperti syarat-syarat Pengeluaran Kesihatan semasa.

 

Adakah Pengeluaran Rawatan Kesuburan terhad kepada kelahiran kali pertama atau berulang?

Pengeluaran Rawatan Kesuburan adalah tidak terhad dan terbuka kepada kelahiran seterusnya tertakluk kepada syarat-syarat semasa.

 

Adakah pengeluaran ini terhad kepada seorang isteri sahaja?

Tidak. Pengeluaran ini terbuka kepada ahli yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.

 

Adakah permohonan bersama dibenarkan bagi Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Ya. Permohonan bersama adalah dibenarkan bagi membantu pasangan menampung kos rawatan kesuburan yang tinggi.

 

Apakah kaedah bayaran di bawah Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Kaedah bayaran utama bagi Pengeluaran Rawatan Kesuburan adalah secara Pengkreditan Terus.

Bagaimanakah ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.

 

Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan semasa memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Laporan perubatan daripada institusi perubatan;
ii. Bukti pertalian di antara ahli dengan pasangan seperti sijil nikah/perkahwinan;
iii. Bil/resit rawatan.

 

Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan yang telah didaftarkan?

Boleh. Pembatalan permohonan adalah seperti prosedur semasa.